Thursday 29 May 2014

ISU PERKASA DYANA & IBUNYA SERLAHKAN DAP HIPOKRIT & PENIPU DEPAN KAUM CINA !!........

ISU PERKASA DYANA & IBUNYA SERLAHKAN DAP HIPOKRIT & PENIPU DEPAN KAUM CINA !! #JOMPILIHMAH #PRKTelukIntan


Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatan ‘blur’ apabila isu Pertubuhan Bumiputera Perkasa (PERKASA) bertalu-talu diajukan wartawan kepada calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dengan Perkasa, akhirnya menukar pendirian mengakui hakikat itu apabila beberapa bukti bergambar dikeluarkan.
Ditanya tentang pembabitan Dyana sendiri membantu ibunya dalam pertubuhan itu, Setiausaha Politik Kit Siang menjawab beliau membantu ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar.
“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.


Sementara itu, rakyatnews.my yang memetik kenyataan Yammy Samad mengesahkan beliau terlibat dengan Perkasa.
Ibu Dyana itu turut mengakui anaknya terlibat sama pada Majlis pelancaran laman web Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.
“Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.
“Pada ketika itu Dyana baru habis belajar, jadi dia datang menemani saya. Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali minta dia meletakkan bunga pada Tun Mahathir,” katanya kepada pihak media ketika hadir di ceramah DAP di Taman Perindustrian Anson di sini malam tadi.- AIDC 


Sumber (KLIK)

No comments:

Post a Comment